Indoor Garden Demensi Baru Dekorasi Moden

Idea atau konsep indoor garden memang sangat unik dan memberikan satu demensi yang baru bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar dan sukakan kehijauan, namun tidak ada ruang untuk menanam diluar rumah. Di sini saya tampilkan Idea-idea menarik dan amat sesuai dijadikan model bagi mereka yang sukakan kehijauan dan citarasa yang unik dan menyegarkan.

Bagi anda yang sukakan suasana yang nyaman dan menyegarkan, terutamanya di bilik mandi atau tandas. Penanaman pokok palma disertakan dengan tumbuhan bunga-bungaan..menjadikan pengalaman berada di ruangan ini amat menenangkan.
Ini pula hasil dekorasi menarik dengan menanam pokok kaktus sebagai hiasan dan penyeri rumah kediaman, resort atau hotel. Menarik bukan!
 
Bagi anda yang menyukai tanaman bonsai, bolehlah meletakkan disudut tertentu di ruang kediaman anda agar tampak lebih elegen dan bergaya dengan tumbuhan bernilai tinggi.